Just for sharing ye...moga kita sama-sama mendapat manfaatnya...SURAH AL IKHLAS plg senang mak hafal...hehe..budak tadika pun boleh baca kan...akak memang suka baca Surah Al IKHLAS sbb senang nak ingat....hahhaha...even tak tahu apa fadhilatnya...skrg dah tahu la sikit2 so nak share ler..."Sharing is Caring " kan....akak baca surah ni pun sbb akak harap akak dpt keikhlasan dalam apa saja yang akak kerjakan...akak plg takut apa akak wat tu tak ikhlas..tolong org tak ikhlas...share ni pun tak ikhlas...mohon jauh-jauh....here we goes...baca dik baca dik,jgn tak baca..hehehe...
Fadhilat membaca al-Ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah
ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kep ana san.
Sebelum Masuk Ke RumahSebelum
anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah
rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
ker ana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
Ketika SakitSabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk
di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para
malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul
mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah
SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina
Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala MembacanyaBerkata
Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu
terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap
malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat
Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail
a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil
a.s.