Sunday, 9 September 2012

DOA SELEPAS AZAN


Break sekejap..

kejar dunia kena kejar akhirat jugak kan...

Akak bukan nak tunjuk baik atau nak tunjuk alim kerana akak ni byk sgt kelemahan berbanding org lain..

Juz keinginan untuk berubah tu ada cuma hati keras macam batu..jadi akan decide kumpulkan doa-doa serta hadis sahih dalam blog perniagaan butik Qaireen ini...kenapa??

sebab salah satu perkara yang di bawa selepas kita mati ialah ilmu yang bermanfaat yang kita bagi kat org lain..jadi kiranya walaupun kecil saja apa yang akak catatkan kat sini , mudah-mudahan mendapat manfaat utk org lain dan diri akak juga.....


 ALLAHUMMA RABBA HAZIHID DA'WATIT-TAMMAH. WASSALATIL QA-IMAH. A-TI SAIYIDANA MUHAMMADANIL WASILATA WAL-FADHILAH. WAS-SYARAFA WADDARAJATAL-'ALIATAR RAFI'AH. WAB'ATH-HUL MAQAMAL MAHMUDAL LAZI WA'AD-TAHU INNAKA LATUKHLIFUL-MI'AD. RABBIGHFIRLI WALIWALIDAIYA 3X. WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SAGHIRA. WASALLALLAHU 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW WA-A-LIHI WASAHBIHI WASALLAM. 


Wahai tuhan yang empunya seruan yang telah sempurna ini, dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi kepada junjungan kami NABI MUHAMMAD dan kehormatan dan pangkat yang menjulang tinggi. Dan bangkitkanlah untuknya kedudukan yang terpuji yang ENGKAU janjikan, sesungguhnya ENGKAU tidak mungkir janji. Wahai tuhan ampunilah aku dan ibu bapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana keduanya telah memelihara aku sewaktu kecil. Dan selamat serta sejahtera atas junjungan kami NABI MUHAMMAD dan keluarganya dan sahabat²nya.

0 comments:

Post a Comment